Tuesday, August 6, 2013

Siapa Tetamu Siapa Sebenarnya Nie? hmm jom renungkan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 




Fiqah nak tanya.. nak berkongsi rasa.. nak luah rasa.. hmm nak apa lagi ekk.. haaa nak kongsi pendapat mungkin.. atau kongsi ilmu.. atauu sekadar memberi motivasi.. ahhh apa-apa jer la.. mana yang korang rasa itu lah Fiqah rasa.. eh macam terbelit pulak ayat dia.. harharhar :) 

okey turn kepada mood serius kejap.. :) 

Baiklah persoalan nya di sini ialah

Ramadhan tetamu kita, atau kita tetamu Ramadhan?

Dalam Ramadhan, Allah telah menganugerahkan layanan yang terbaik buat kita sebagai tetamu. masakan tidak, solat sunat yang hanya dua rakaat sahaja sekalipun, insyaAllah diganjarkan dengan ganjaran yang berganda, itu amalan sunat, amalan fardhu apatah lagi! Pasti ganjarannya berganda-ganda-ganda!

Makanya disini bukan siapa tetamu siapa, bukan hujung atau awal Ramadhan, bukan ganjil atau genap hari dalam Ramadhan, tapi amal kita disepanjang detik kita menziarahi ramadhan. 

Dengan janji gandaan oleh Tuhan, pasti manusia ingin menikmati sekali lagi nikmat berada di bulan Ramadhan.

Dan tersangatlah rugi seruginya manusia yang melepasi hari-hari dalam bulan Ramadhan, akan tetapi dosanya tidak diampuni Tuhan, moga kita tidak termasuk dalam golongan ini. insyaALLAH mudah-mudahan :)

Jadi, Ramadhan kali ini kita lalui dengan pelbagai peristiwa mencoret luka dan bisa, penawar dan bahagia di hati dan jiwa kita. Moga segala apa peristiwa yang berlaku tidak kita perlekehkan, kerana apa yang berlaku dalam bulan mulia ini, pasti ada hikmahnya buat kita, pasti ada ujian dan peringatan yang Allah mahu kita lalui.

Bersangka baiklah dengan Tuhan, duhai insan. husnizon selalu.. tak rugi tahu.. malah berlipak kali ganda keuntungannya :)

Ramadhan sudah di penghujung, apakah mampu dikekalkan amal yang dilakukan sepanjang Ramadhan ini di bulan-bulan seterusnya? Fiqah sarankan kalian berkata "Ya!". Kerana setiap ibadah yang kita amalkan selepas ini, insyaAllah menjadi tanda penerimaan Allah terhadap ibadah kiya sepanjang Ramadhan, dan menjadi bekalan untuk kita mampu menziarahi Ramadhan akan datang dengan semangat dan azam yang teguh,.insyaAllah. mudah mudahan akhi dan ukhti sekelian.


jadi dengan baki Ramadhan yang ada nih.. jangan kita sia-siakan tau.. teruskan beribadah.. shopping lain hari boleh.. hargailah masa yang ada nih.. lagi satu hari jer lagi bakinya.InsyaALLAH.. manalah tahu kita tak berkesempatan tuk berjumpa Ramadhan akan datang.. wahai sahabat. kita hanya mampu merancang. yang menentukan adalah ALLAH :)  bersederhana lah akhi dan ukhti.. lepas tuh nak shopping pom shopping lah.. Fiqah bukan apa.. kalau boleh Fiqah nak lah kejar pahala tu sama-sama.. baru ada daya saing.. baru ada semangat yang berkobar-kobar.. sebab mestilah kita nak kita lebih hebat dari orang lain kan? mesti kita akan rasa cemburu kalau orang lain lebih banyak pahala daripada kita.. sifat tu yang kita nak.. bersaing dalam mengejar pahala.. :)  sama-sama kita buat ye sahabat.. lepas tu boleh jumpa di syurga kelak.. InsyaALLAH :) 

Wallahua'lam




Aku bukan MAKSUM. Aku bukan MALAIKAT. Aku manusia 

yang ada DOSA. ILMUKU tak 

seluas mana. PAHALAKU entah diterima atau tidak. JAHILKU

 masih meluas :')


No comments:

Post a Comment