Monday, February 9, 2015

Its Doing well.

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 

Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah
Segala puji kepada ALLAH atas segala nikmat dan rahmat yang dikurniakan.

so today its the day dimana penysarah pemantau datang nak nilai aku punya latihan industri. 

selama tiga empat hari jugak lepas terima panggilan dari dia aku duk gelabah biawak. makan tak lalu. mandi tak basah. tidur tak lena. aish kalah orang angau tau dia punya effect.

dengan buku jurnal refleksi aku yang hentah apa apa tu. gambar gambar kerja yang aku buat tidak di print lagi. mahu tak kelam kabut?? so dengan semangat yang masih ada. aku mula buat pelan pelan semua tuh sebelum menjelma nya hari nih. means balik aja kerja lepas dapat panggilan tuh terus serang printer dekat rumah print semua gambar gambar then potong tampal dalam buku jurnal refleksi.

lawa gak lah buku tuh even last minute punya kerja. *ehem tampa muka sendiri. hoho. 

Latihan industri nih pelan pelan bunuh jiwa aku. penat woii kerja. baru tahu rasa kau Fiqah. *kuis kuis pasir

mana nak hadap pelanggan yang tak habis habis dengan "customer always right" yang bagi aku diaorang langsung tak betul. kerja aku aku taulah. dia punya demand. allahuyarabbi. bawak bersabar lah berbanyak.

memula nak maca tu buat. then tak nak suh tukar. eh tup tup nak balik asal. haihh ada yang hilang sabar japgi. :3

tapi even tak tahan. tapi terpaksa tahan. sebab kita nak duit dia so kita kena buat apa yang dia nak. dia punya kepuasan adalah kejayaan dan kepuasan aku.

so tak kisah lah. asal dia suka and puas. aku kena ulang buat benda sama ulang ulang pom takpe lah. janji dia tak kutuk kutuk aku dekat orang lain. janji ada redha ALLAH dekat semua kerja aku buat tu. janji aku dapat latih dan pupuk sabar.

dan janji janji aku bahagia walau dalam derita. eh?? apa kebenda nya nih.

okey 

so sembang pung pang pung macam tak sampai pada tujuan utama entry nih di tulis aja. hahaha

ehem ehem

its doing well guys.. berkat doa mak ayah. berkat doa kawan kawan. kenalan dan korang semua. ALLAH permudahkan segalanya.

bilamana kita letak seluruh kebergantungan pada ALLAH. ALLAH akan bantu mudahkan segalanya. aku dah usaha aku dah doa dan aku hanya tinggal untuk tawakal. so here it is. aku dikurniakan pensyarah pemantau yang baik dan sangat baik.

seorang yang manis dan baik. siap main gurau gurau lagi. 

she told me 

"takyah takut. saya okey. saya datang nak tengok awak okey aja dekat sini. takut takut kena buli"

hahaha. berani diaorang nak buli saya. saya yang buli diaorang rasanya. hahaha

penat penat jer saya mengelabah biawak selama tiga empat hari nih. kalau tahu pensyarah pemantau baik dan sempoi gitu tak ada la susah susah saya nak gelabah. hahaha

btw. fuhhhhh lega yang amat. satu beban batu dekat bahu dah terlepas. masa untuk fokus laporan akhir dengan final presentation aja. lepas tuh. dah takde dah. leh tarik nafas lega selama 2 bulan sebelum terbeban lagi sekali for up coming semester 

doakan doakan doakan. itu aja. doakan moga ALLAH permudahkan segalanya.

dan untuk Puan Nor Suraini Binti Mohd Hassan thanks for being nice to me. thanks for the advice and tips. terima kasih untuk segalanya. hanya ALLAH saja dapat balas. Moga puan dan keluarga di bawah redha dan rahmat ALLAH selalu. insyaLLAH. AMIN.

for my classmates. aku doakan yang baik baik buat kalian masih belum di kunjungi pensyarah pemantau. tabah dan kuat. doakan moga dipermudahkan segalanya. moga ALLAH bantu. jangan risau. lecture tak kan beban kan korang dengan soalan soalan yang tangkap maut. dia banyak sembang dengan bos kita aja. tanya kita macam mana kerja situ. then check buku jurnal kita. gitau apa apa kalau ada yang nak kena ubah. itu aja. dia takde hentam kitanya. insyaLLAH. jangan risau k kawan kawan ku semua. fighting :)


last but not least. Jazakallah khair khatira buat semua.




*entry nih sebagai memori aku yang bila mana bila aku dan tua nanti aku ada kenangan nak cerita dekat anak cucu yang dimana betapa gelabahnya aku . tapi bila kita letak segala kebergantungan pada ALLAH semua jadi mudah. dan segala gelabah itu sebagai pemanis dan pemasin sebuah cerita. ajinamoto kata kooo :p

thanks for reading guys. :)

Salam 



No comments:

Post a Comment