Saturday, April 20, 2013

Mr.Bie awesome :D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..




sekarang belum masuk waktu extravaganza lagi kan? belum boleh di kategorikan larut malam lagi kan? alah kemon lah.. tolong cakap kan ye.. :') okey stop.. tak payah nak berdrama sangat..  :3 *kembangkan hidung .. k buruk sangat rupa .. erghh 

K. dah stop nonsense.. kita jadi serius sat noh.. sat jer :) hmm Siapa MR.Bie nih? its that you boyfriends? k dah. tak yah nak buat gosip antara benua dekat sini k.. masa masih panjang untuk itu.. fokus pada study,parents and be a good muslimah. barulah dapat merasa syurga ALLAH di akhirat kelak :") insyallah.. sama-sama kita berusaha ye akhi dan ukhti sekelian 

korang pernah tengok parody? aloh.. dont know what is parody? alah apa guna wujud nya encik google kalau tidak di manfaatkan.. diakan buku rujukan antara benua :3 ini idok.. asyik duk bukak gosip artis minggu ini.. erkk.. tak tunding jari pada sesiapa.. Fiqah sendiri juga bergitu.. erkk k tak yah jujur sangat boleh Fiqah? k nice.. hehe :) 

mana Fiqah tahu pasal MR.Bie nih? hmm simple question.. facebook lah mana lagi.. bebudak sekarang kan suka share-share vidoe utube dekat facebook.. termasuk lah diri Fiqah sendiri.. yeahh.. masa itu tengah hangat dengan isu LISTEN.. yes no heart felling here please.. bukan topik itu yang ingin Fiqah budi bicarakan.. hehe :) 

so Fiqah pom bukak lah that vidoe.. vidoe mana? eh jap nak share.. hahaha :p 



haaa this vidoe.. memula dengar.. eh sempoiii jer dia nih.. boleh layan.. and Fiqah try lah usha-usha his youtube account.. banyak gak lagu yang dia parody kan.. yeahh parody kan famous amous sekarang nih kata kau.. but yes.. ada parody yang boleh dijadikan nasihat, ada yang tak boleh nak diterima otak langsung.. and ada yang boleh masuk ada yang tak boleh.. eh macam berbelit jer ayat Fiqah kan? tapi? korang fahamkan maksud Fiqah dekat sini apa? alah senang cerita.. ada vidoe parody yang boleh di tengok ada yang tidak boleh di tengok.. like vidoe yang masuk air yang tak ada pengisian yang baik.. dan jugak vidoe yang penuh pengajaran and info berguna.. yeahh like vidoe parody yang di buat oleh MR.Bie nih :)

just nice.. ada certain vidoe dia yang menusuk kalbu Fiqah.. like this vidoe




yeahh.. mahu sebak setahun.. cer dengar.. mana tahu korang akan sebak 2 tahun.. :3 hahaha..  ada pengisian yang boleh kita buat pengajaran bukan? bukan sekadar hiburan.. jadi kalau tengah serabut.. boleh lah dengar  lagu nih.. sebab certain people says " listening music is a good medicine" yeahh i know.. membaca surat cinta ALLAH iaitu AL-QURAN jauh lebih memberikan kesenangan dan ketenangan berbanding duduk dengar lagu sampai menangis-menangis.. tapi macam Fiqah cakap tadi lah.. sekadar hiburan.. eh jap macam Fiqah cakap tadi? bila saat pulak Fiqah cakap macam tu? erkk dah sory memeningkan kepala korang.. hehe

and people nowdays.. sibuk duk cakap pasal gwiyomi gwiyomi kan sekarang? yeahh MR.Bie pom ada parody buat jugak pasal tuh.. its cool enough.. Fiqah pom tak terpikir okey. dah nak pikir macam mana kalau otak tak kreatif.. hehe :)



this is gwiyomi versi MR.Bie.. nice one.. hehe

dah lah kalau cakap banyak tak dak guna jugak.. so andai ada di sini pengikut setia akhi parody kita nih.. kita geng.. hehe.. and kalau dah ada yang baru nak berjinak-jinak kita jugak geng.. pengikut bukan makna menyanjung tapi menyokong cara dia memberi nasihat.. ye lah anak mudakan suka kan hiburan.. jadi kita kena cari sesuatu yang seru atau seronok untuk menarik minat anak muda kita melakukan kebaikan.. macam kata USTAZ AZHAR IDRUS.. :)  fahami elok-elok.. jangan tersalah fahami.. buruk padah nya nanti.. 

 Untuk mengikuti perkembangan beliau.. kalian boleh ke sini

Andai kata Fiqah ada tersalah info.. tersalah bicara.. mohon maaf.. Fiqah cuma manusia biasa.. yang baik datang dari ALLAH.. yang buruk datang dari diri Fiqah sendiri.. mohon maaf.. mohon jangan ada yang terguris.. and andai MR.Bie membaca ini entry.. mohon maaf juga jew sebab menulis tanpa meminta izin..  MAAF..





p/s : Some good things happen make us further from Allah, some bad things happen make us closer to Allah.whichever happen, don't ever stop praying. Good night and sweet dream ya akhi and ukhti :')

Thursday, April 18, 2013

Sesuatu Yang Belum Kita Lupakan ;")

Bismillahirrahmanirrahim~ 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.. 


Apa yang sudah berlalu biarkan ia berlalu. Mengingatinya hanya perkara yang sia-sia. Samalah seperti mematikan kehendak dan membinasakan masa hadapan. Teruskan kehidupan walau pahit yang dirasa. Kehidupan perlu dilayar sebaik mungkin walaupun kecewa datang bertimpa-timpa. Ingatlah seperkara, perkara yang berlaku tidak mampu diundur kembali. Walau menangis air mata darah pun, semuanya tidak akan kembali lagi.



Manusia sering berkata, andai aku bisa mengundurkan masa lalu... Adakah anda mahu memulangkan air kepada sumber mata air? Memulangkan matahari dari tempat terbitnya? Mengembalikan kanak-kanak kembali kepada alam rahim ibunya dan air mata kepada mata? Justeru jika perkataan 'kalau' yang sering meniti di bibir-bibir kita, maka kita hanya akan dapat penyesalan bukannya hikmah. 


 Justeru ujian yang menimpa diri kita ini sering sahaja dianggap sukar untuk diatasi, sedangkan Allah sudah perjelaskan bahawa Allah tidak akan memberatkan manusia dengan sesuatu yang tidak tertanggung olehnya. Maka, yakinlah bahawa kita adalah antara orang yang terpilih di antara berjuta makhluk untuk merasai kemanisan hikmah. 







Bersyukurlah tatkala kita mendapat ujian, kerana itu tandanya Allah mengasihi kita. Allah hendak menguji tahap keimanan kita kerana sudah lumrah manusia, apabila dalam kesusahan dan kesempitan, kita lebih mengingati Allah. Allah memilih kita, sedangkan ramai lagi manusia yang Allah biarkan. Jika kita diuji dengan cinta manusia, bersabarlah. Lihat sekelilingmu, berapa manusia yang Allah tidak peduli? Dibiarkan mereka dalam kesesatan. Ditambahkan lagi kesesatan. Sesuatu yang belum kita lupakan itu harus segera dilipat dalam kotak memori paling jauh. Buangkan kesedihan dan binalah kebahagiaan. Tidak perlu mengingati perkara yang tidak patut diingati jika ianya pernah merosak diri.


I'm just wearing a top from SUZYNI COLLECTION 
just nice.. berminat untuk mememilikinya jemput lah singgah ;) 





p/s: Ramai manusia yang tidak sedar yang Allah sangat kasih dan sayang kepada kita, lalu diberikan ujian supaya kita tersedar dari lamunan mimpi dunia. Tersesat sebentar kemudian diluruskan kembali di jalan-Nya. Itu tanda Allah sangat sayang kepada kita.