Sunday, May 12, 2013

Ibu.. Kaulah Ratu Hati Ku :")


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. :D


semoga mama di kurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan di dunia yang penuh onak dan duri ini. semoga mama jugak di permudahkan segala urusan dan murah rezeki.. semoga kita sekeluarga hidup bahagia sehingga ke jannah.. I'm so proud to have u as my mom in this world.. you are my heart and soul ma.. love u and i will always love u.. hug :")  

semua sudah sedia maklum bukan dengan sambutan hari ibu? yeahhh kita sebagai umat islam tidak di galakkan bahkan tidak harus.. dan tidak menjadi satu kewajipan untuk menyambutnya.. hal ini kerana setiap hari adalah hari ibu. kasih sayang bukan bermusim. :) pesan Nabi Muhammad S.A.W " IBU DIKENANG SETIAP HARI BUKAN SETAHUN SEKALI " 


 tonton vidoe nih.. kenapa Fiqah cakap HARI IBU tak boleh kita sambut.. sebagai pencerahan.. kan kalau Fiqah terangkan. sonsang pulak jadinya.. hehe :") al-maklumlah. Fiqah masih lagi belajar.. dan belajar dan masih belajar :) 




ibu yang mengandungkan kita 9 bulan 10 hari dengan pelbagai dugaan. sakit itu ini.. lenguh sana sini.. tapi dia tetap tabah dan semangat untuk menjaga dan mengusung perut kemana sahaja.. kasih ibu tidak ternilai kawan.. tidak.. tidak ternilai sama sekali,. tidak boleh di beli di kedai seven eleven mahupun kedai runcit depan rumah :) derita berpantang.. terpaksa berjaga malam menemani kita yang kelaparan.. sakit kawan.. sakit.. cuba pahami.. cuba selami.. sukar bukan?? akan tetapi ibu tetap tabah di sisi kita.. tetap berjaga mengulik dan mendodoi kita tanpa jemu.. tidak mengeluh.. tidak mencemuh.. masih tersenyum dan masih lagi bersemangat.. adakah kita sebegitu? adakah kita sanggup melakukan apa ibu lakukan kan? renungkan .. muhasabah diri..

betul kata orang "Seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak, tapi sepuluh orang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu." Kenapa Fiqah cakap betul? bah kalau tidak betul masakan ada keluar akhbar tentang ibu di tinggalkan di steses bas.. ayah di tinggal di tepi jalan? masakan ada? fuhh emosi seketika.. :3



Hargailah pengorbanan ibu kita tanpa mengira masa dan waktu kerana setiap hari adalah hari ibu. 


Fiqah suka tengok vidoe dari IProduksi.. Vidoe vidoe yang bermanfat.. menghuraikan sesuatu hadis dalam bentuk vidoe.. menarik.. :) kekadang vidoe vidoe mereka selalu keluar di tv9.. cuba lah search dalam you tube.. facebook pom dia ada jugak..  :) 

apa-apa pun.. tak salah nak pergi peluk mama and cakap selamat hari ibu mama. akan tetapi janganlah berlebihan.. berlebihan seperti mana orang kafir lakukan kan.. ucap sudah memadai.. kalau boleh.. ucapkan lah hari-hari..takut tak sempat.. kerana jasa ibu haruslah di kenang hari-hari.. bukan setahun sekali.. begitu jugak lah dengan ayah.. jangan tunggu fathers day baru nak wish.. eish eish :")



p/s : terima kasih kerana melahirkan ikah di muka bumi ini. terima kasih kerana memberikan ikah kasih sayang yang melimpah ruah.. terima kasih jugak kerana sentiasa bersabar dengan kerenah ikah yang tidak menentu ini.. You are the number one for me mama.. love u always :)


No comments:

Post a Comment