Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru Cikgu :)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. :D


Dikesempatan ini Fiqah nak ucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru di Malaysia.. Teruatamanya sekali guru-guru di

- Pasti (2001)
- Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra ( 2002-2004 )
- Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa ( 2005-2007 ) 
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2 ( 2008-20012 ) 

terima kasih kerana mengajar Fiqah.. daripada Fiqah tidak kenal ABC 123 Alif Ba Ta kepada Fiqah yang tahu apa itu ABC 123 Alif Ba Ta. Terima kasih cikgu.. Jasamu dikenang selalu.. insyallah selagi TUHAN memberikan ingatan yang baik buat Fiqah.. Fiqah doakan cikgu sihat dan di bawah redha ALLAH selalu.. Insyallah. mintak maaf di atas segala kesalahan tingkah laku.. tutur kata dan apa jua yang menyinggung perasaan cikgu.. Selamat Hari Guru Cikgu :")  



Adakala..

Kita dicaci,
Kita dimusuhi, kita tidak dihargai,
Tapi..
Kita kan tetap tersenyum walaupun dalam pilu,
Kita kan tetap melangkah biarpun hampir rebah,
Kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar meskipun hati tercalar dan maruah tercabar,
“SELAMAT HARI GURU”


Guru..

Dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diam ada bijaksana,
Dalam tangannya, kita terbina,
..SELAMAT HARI GURU..


Bagaimana cara mengenal seorang guru?

Garang orangnya, itulah guru disiplin..
Penyayang orangnya, itulah guru prasekolah..
Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas..
Sentiasa cool & tak pernah marah, itulah guru kaunseling..
Petah berucap, itulah guru besar..
Pelik orangnya, itulah guru pendidikan seni..
Gelap orangnya, itulah guru pendidikan jasmani..
Warak orangnya, itulah guru agama..
Sopan orangnya, itulah guru pendidikan sivik..
Berbahasa orangnya, itulah guru Bahasa Malaysia..
Berseni bahasanya, itulah guru sastra..
Walau siapa pun dia.. dia tetap berjasa..
..SELAMAT HARI GURU..





maaf di pohon sebab menggangu cikgu di pagi hari tadi.. HAHA :P 


p/s : Peranmu sebagai pemimpin itu jauh lebih penting dari apa yang kau bayangkan. Kau (guru) memiliki kekuasaan untuk membantu orang menjadi sang juara.


No comments:

Post a Comment