Monday, August 5, 2013

It's Quite Longer

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :) 


hacummm.. teheee.. berdebu gila kan blog Fiqah.. so sorry guys. its out of my control. mesti korang rindu kan dengan Fiqah.. alala.. mengaku jer.. Fiqah faham.. korang mesti rinduuuu gila dekat Fiqah.. mesti duk ternanti nanti Fiqah punya cerita baru.. makin kurus ke.. makin gemuk ke.. makin cantik ke. makin buruk ke. makin pandai ke. apa ke. iman makin bertambah ke.. ke dah terpesong landasan ke.. ke dah khawin? okey part khawin tuh memank tak sepatutnya ada dalam kepala korang.. hahaha :p

but Alhamdulilah.. Fiqah baik baik sahaja.. Alhamdulilah Fiqah punya iman masih tidak goyah.. masih ada pada landasan yang betul.. Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi kerana TUHAN masih pelihara hati ini.. :") terima kasih kepada akhi dan ukhti di luar sana yang sentiasa mendoakan yang baik baik buat Fiqah.. jasa anda hanya ALLAH yang mampu membalasnya.. Fiqah cuma mampu boleh doakan balik untuk korang sahaja.. nak bagi lebih Fiqah tak mampu :") eh k tertiba buat ayat touching kenapa kau Fiqah.. harharhar :)

Semua dah sedia maklum kan yang Fiqah sekarang sedang melanjutkan pelajaran Fiqah di Politeknik Muadzam Shah Pahang dalam jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik.. Alhamdulilah.. masih ada peluang tuk Fiqah mengecapi kejayaan Fiqah di dunia ini sebelum meraih kejayaan Fiqah di akhirat kelak.. insyALLAH.. mudah mudahan :) kalau di ikutkan masih ramai di luar sana yang berkeiginan tuk menyambungkan pengajian tapi tidak punya peluang.. tidak punya rezeki.. jadi Fiqah bersyukur dengan apa yang di beri dan akan Fiqah manfaatkannya dengan baik.. sehabis habis baik.. insyallah.. doakan Fiqah ye akhi dan ukhti :)

sekarang Fiqah tengah cuti midterm atau dalam erti kata lain.. cuti HARI RAYA.. yeahhh.. rayaaaa... eh dah tak yah nak jadi bebudak sangat Fiqah.. sedar awak tu dah tua bangka. eh dah bangka ke? belum lagi belum lagi.. HAHA :p serius happy gila k bila dapat balik.. rasa nak umumkan satu pahang tuh.. HAHA.. yewlah dah 2 bulan tak balik rumah.. tak jumpa mama, abah, kakak, abang, anak saudar, mak saudara, bapa saudara, sepupu, sepapat, kuih lepat.. eh kuih lepat tu tak masuk dalam list la.. HAHA

Fiqah punya tiket bas 2.8.2013 jatuh pada hari jumaat pada jam 9 malam . tapi nak di katakan Fiqah punya excited tuh berada di zon yang merbahaya.. hari Rabu lagi Fiqah dah kemas baju dalam beg.. harharhar.. gila excited.. sampai gy kelas pom dengan baju yang tak bergosok and pakai tudung sarung jer.. bapak malas betul.. HAHA.. mak mentua tengok reject.. eh silap tajuk pulak.. HAHA :P 

Tapi serius Fiqah cakap Fiqah gy kelas dengan baju tak bergosok.. nasib baik Fiqah punya koleksi baju kurung kebayankannya yang tidak mudah renyuk. haaa so senanglah kerja Fiqah kan.. hambik dan sarung.. harharhar.. 

nak kata tahap malas dia tuh.. sampai nak mandi pom rasa malas tahu.. sebab tak nak menambah koleksi baju yang nak kena basuh.. sebab yewlah.. tak kan nak angkut baju-baju kotor balik rumah... macam takde kerja jer nak angkut baju kotor balik kampung.. apa kejadahnya tahu lah.. tapi tak ada lah sampai tak mandi.. gila tak mandi.. mahu berbau satu muadzam tuh.. hakhak :P

tiba jer hari jumaat tuh.. semua kerja jadi tak kena. masuk kelas pom hati dan dekat kampung. dan Fiqah terasa hari tuh adalah hari paling panjang di dunia.. rasa masa berjalan dengan sangat-sangatlah perlahan.. rasa macam.. eishh apa semua nih? k drama terjadi dekat situ.. HAHAHA

sampai jer dekat rumah tak sah cakap ah.. peluk cium mama abah. lepas rindu.. borak sampai pagi dengan mama.. sembang pasal kehidupan di politeknik. sedih gembira semua Fiqah cerita dekat mama.. mama pom setia jer mendengarnya. :") eeee serius best sangat bila dapat jumpa family.. rasa tak nak balik muadzam dah.. serius rasa tak nak.. nak stay kelantan jer.. kalau boleh pindah poli tuh dekat rumah.. sekarang jugak Fiqah buat.. hahaha

mood nak raya tak rasa sangat.. serius tak rasa apa-apa.. rasa sayang nak tinggal bulan Ramadhan nih.. entah jumpa balik entah tidak dengan Ramadhan tahun depan.. yewlah kita hanya mampu merancang.. yang menentukan tu semua adalah yang di atas sana.. tapi yewlah.. mudah-mudahan kita semua masih berkesempatan tuk berjumpa dengan Ramadhan akan datang.. insyaALLAH :)  jom sama-sama kita tembak doa..

btw.. banyak sebenarnya Fiqah nak berkongsi dengan korang semua.. tapi masa cemburui Fiqah.. banyak kerja nak buat nih.. nak kemas rumah.. nak buat biskut.. nak spent time dengan family.. cuti Fiqah cuma seminggu.. 11.8.2013 dah nak kena balik Muadzam Shah.. jadi manfaatkan masa yang ada dengan sebaik baiknya.. jangan sesekali abaikan da sia-siakan.. :)

insyaALLAH ada masa Fiqah update lagi.. maaf andai entry kali nih tidak punya info dan ilmu yang dpaat di kongsi dengan kalian.. tangan lebih memilih untuk menaip itu sahaja pada entry kali ini.. insyaALLAH.. entry akan datang Fiqah akan cuba coretkan sesuatu yang boleh jadikan motivasi uat kalian.. Assalamualaikum akhi dan ukhti sekelian :) sampai jumpa lagi 


tudung bawal plain aidijuma
abaya gift from mama
beg pasar malam




p/s : Jika ujian itu membuatmu lemah & sedih. Ingatlah bahawa Allah senantiasa berada di sisimu selalu & sesungguhnya DIA adalah sumber kekuatanmu. 


4 comments:

  1. hye hye hye..stdy muadzam eh??kite kt kuantan je..hehhehe..stdy elok2 ye dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha:ah dkt bndar muadzam.. eh ye ke?kuantan dkt mana? insyALLAH.. thanks btw :)

      Delete
  2. salam fiqah. jenguk blog ni :) selamat berpuasa n selamat hari raya soon.

    ReplyDelete