Saturday, December 22, 2012

21 / 12 / 2012 :'D

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :") 


Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah.. OWHHHHH 

*EH tertiba feeling lebih pulak.. HAHA :p 


Semalam.. kalau di ikutkan budak-budak tak lulus sekolah di katakan nya kelmarin adalah tarikh berlakunya kiam** arghh lantak.. itu semua kan kerja ALLAH S.W.T kita sebagai umatnya seharusnya mengambil peluang yang di berikan olehNYA ini melakukan ibadat terus menerus.. bukannya sibuk duk hintung kaji bila nak kiam** Astagrifullah :") dah cukup tazkirah di situ :) 

semalam.. adalah satu kenangan terindah dalam hidup Fiqah... tak kering gusi Fiqah gelak.. :") bukan Fiqah jer.. tapi semua.. siapa semua tuh?? op kos my lovely dovey friends. :") kenapa?? kenapa kami gembira?? haa mai sinih nak kasi cerita :") 

atas budi baik abah dan mama yang tak sanggup melihat kesedihan melampau tahao meroyan anaknya akibat terlalu merindui kawan-kawan dia.. *ceyhh ayat takboleh blahh.. HAHA :p abah dan mama Fiqah mencadangkan tuk mengadakan satu jamuan makan.. kecik-kecik jer. bersempena dengan Fiqah dah jadi budak lepasan SPM.. nak meraikan Fiqah dan kenkawan yang lain sebab dah melepasi fasa ke tiga dalam dunia persekolahan.. :") kata mudah pertemuan antara sahabat sebelum memulakan haluan masing-masing sebagai seorang dewasa pula :") yewlah kejap lagi sorang dah ke timur sorang dah ke barat.. yang ke bulan bintang tak terkira pulak ramainya :")  baik kan mama abah sebab sudi buat semua tuh tuk anak dia nih.. hikhik *terharu.. nangis kejap.. haha :P

sebenarnya jamuan nih nak di adakan seminggu selepas Fiqah habis exam SPM hari tuh.. sebab nak tunggu kenkawan Fiqah yang lain habis exam.. sebab yewlah aliran kitaorang lain-lain .. tapi di sebabkan berlaku sedikit permasalahan iaitu abah terpaksa outstation jadi terpaksa di tangguhkan. sebab yewlah siapa nak uruskan semua tuh.. :")  lepas abah balik outstation hari tuh dia terpaksa pulak uruskan perpindahan sekolah sepupu Fiqah yang duk KL tuh ke sini.. sebab nya pak sedara Fiqah tak pandai sangat.. jadi tertangguh lagi.. hmm tup-tup.. tangguh punya tangguh last-last.. menjadi jugak jamuan BBQ Fiqah dan kenkawan semalam :") thanks abah.. 

tapi tak semua yang kita rancang tuh akan menjadi.. sebab nya la kan.. pernah dengar ayat "kita hanya mampu merancang.. yang menentukan semua tuh adalah Tuhan" ?? yeahh.. walaupun abah dan mama Fiqah dan urus semua tuh dengan baik. mesti ada jugak kesulitan nya.. *eh Fiqah nih tadi kata kan main happy semalam nih kenapa tertiba sedih *eh kejap lah Fiqah nak cerita.. sabar sat noh :P nak jadikan cerita bila Fiqah forward kan mesej yang sama dekat semua kenkawan sehidup semati Fiqah mengenai jamuan BBQ tuh ada perkhabaran buruk yang menimpa :") separuh dari kawan baik Fiqah tak dapat join.. sedih kan?? tapi Fiqah tak salahkan diaorang.. sebab jamuan nih sepatutnya di lakukan awal-awal.. diaorang pom ada hal diaorang masing-masing :) hal yang tak leh nak di elakkan lagi.. Fiqah tahu jauh di sudut hati diaorang,  diaorang nak sangat datang .. tapi masa tak mengizinkan :") kalau di ikutkan hati kecik Fiqah.. Fiqah nak tunda lagi.. tapi di sebabkan abah dan mama dah uruskan semuanya.. jadi Fiqah tak boleh nak tundanya lagi.. kesian dekat mama abah sebab dah uruskan semuanya :") 

jadi Fiqah terima dengan lapang dada.. biarpun diaorang tak ada pada malam tuh tapi diaorang ada dalam minda dan hatI Fiqah.. masa Fiqah makan Fiqah ingat dia.. serius :") tak jumpa malam tuh tak bermakna tak leh jumpa di lain hari.. tak apa kita kumpul banyak-banyak dulu rindu nih dalam hati  :") 

Alhamdulilah BBQ semalam berjalan dengan lancar.. jelas wajah kegembiraan kenkawan Fiqah semalam.. mereka gelak mereka bergurau sampai tak perasan jam dah menjejak ke angka 11 lebih.. apa yang kami borak entah.. hahaha :P

bakar ayam hangus. api ke main marak nya.. hahaha :P  buat burger pom entah apa jadinya.. HAHA :p *buat buger?? ERKK OKEY... yeahh kami jugak buat buger semalam.. abah Fiqah sebenarnya buat bisnes jual burger dekat depan rumah  nih.. since awal tahun lagi... jadi semalam abah bagi kebebasan kepada kami semua untuk buat burger sendiri.. sedap ke tak sedap ke.. tak kisah.. asalkan enjoy.. HAHA

k lah.. jom layan gambar pulak.. :P tak kuasa nak menulis lagi dah.. dan Fiqah yakin korang pom dah tak kuasa nak membaca nya lagi dah :P haha 



part of my soul.. love you guys so much :") 
*berdiri dari kiri Fiqah ,Faiz
duduk dari kiri *inani.azureen and asif :) 



mereka sedang di uji oleh Fiqah... boleh jadi penjual burger atau tidak.. ahhaa.. temu duga lah senang.. ahha :P
 *asif and irfan :D


Emin si pemalu boy :P ahha


me and Azureen :") love you yen 


 dari kiri Emin.Asif,Azureen and Faiz


no caption..  :p

  
and Faiz the perasan boy.. ahhahaha :P

 last but not least.. op kos lah gambar Fiqah kan. harus dan wajib ada gambar Fiqah.. HAHAHA :p

P/S : thanks guys sebab sudi hadir malam nih.. kepada raja dan aliff.. sory.. sebab tak ada gambar korang.. tak sempat nak bergambar dengan korang.. terlalu sibuk bergurau dan makan sampai lupa nak bergambar.. sory again guys,, tapi aku nak ucapkan berbanyak terima kasih sebab sudi hadir.. even hujan korang tetap datang... terharu..  :") berharap kita boleh berjumpa lagi.. kenangan semalam akan tersemat indah dalam kotak minda Fiqah.. sentiasa ingat.. sampai terasa nak undur masa balik.. :") i will miss you guys so much :"D


Tuesday, December 18, 2012

Terkadang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya :) 



terkadang Fiqah berfikir.. terkadang Fiqah termenung.. terkadang Fiqah sendiri.. terkadang Fiqah di kepung.. terkadang Fiqah sedih.. terkadang Fiqah gembira.. terkadang Fiqah ketawa.. terkadang Fiqah menangis.. terkadang Fiqah bebas dari masalah.. terkadang Fiqah di belengu masalah.. terkadang Fiqah berjaya. terkadang Fiqah kecundang.. terkadang Fiqah rajin.. terkadang Fiqah malas :"D 

Fiqah yakin bukan Fiqah sorang yang merasa TERKADANG tuh.. itu semua fitrah yang akan terjadi keatas kita semua sebagai umat manusia.. tak kira umur.bangsa dan jantina :) kenapa?? kerana jika kita terlalu leka dalam kebahgiaan kita jadi lupa apa itu kesedihan.. jika jika sering dalam kesedihan kita akan lupa apa itu kebahgiaan :) ALLAH itu maha adil dan penyayang :") .. bila di lihat hamba nya leka dalam mengingatinya maka diturunkan sedikit kesedihan dan masalah agar umatnya kembali ke jalan yang benar.. memohon pertolongan nya.. bukannya meratapi dan menyalahkan takdir.. kenapa aku itu kenapa aku ini.. YA ALLAH mintak jauh :") bila kita di landa kebahgiaan dan tiada masalah maka seharusnya kita juga mengingati ALLAH.. kerana dia menganugerahkan kebahgiaan kepada kita bukan nya kekasih bukan nya kawan bukan nya keluarga.. kerana mereka hanya orang perantaraan yang membuatkan kita merasa apa itu kebahgiaan jadi kita seharusnya bersyukur keatas kenikmatan yang di beri.. :") bukan nya meraikan nya dengan melakukan perkara yang melalaikan.. 

jangan mengeluh andai melalui semua TERKADANG itu.. kerana itu semua fitrah kehidupan.. tidak lengkap sebuah kehidupan andai tiada semua TERKADANG itu.. Fiqah tahu.. dulu sewaktu Fiqah tidak tahu apa-apa.. sewaktu masih mentah.. Fiqah sering berkata.. kenapa Fiqah yang kena hadapi.. kenapa itu kenapa ini.. YA ALLAH.. ceteknya pemikiran Fiqah.. :") tapi sekarang ALHAMDULILAH.. Fiqah mergerti apa itu kehidupan.. kenapa kita terkadang bahagia terkadang tidak.

terkadang Fiqah lemah dalam meniti arus kehidupan.. Fiqah memerlukan pertolongan dari tangan lain untuk memberi Fiqah bahagia.. jika sahabat Fiqah punya pasangan tuk meluahkan masalah.. Fiqah hanya punya blog dan twitter.. di situ Fiqah luah di situ Fiqah semat.. terkadang Fiqah terfikir kenapa Fiqah sering gagal dalam cinta.. Fiqah sering merasa rendah diri dengan sahabat Fiqah.. apa kurang Fiqah.. :") tapi sekarang Fiqah sedar.. belum tiba masanya Fiqah tuk merasai apa itu cinta.. di usia Fiqah yang baru setahun jagung ini belum sesuai untuk itu semua.. kalau dulu Fiqah menaruh impian.. sekarang Fiqah hanya menadah impian.. bukan mengalah.. cuma penat.. penat dengan semua ini :")

di setiap doa Fiqah.. Fiqah sentiasa memohon kepada ALLAH agar mengurniakan tangan seseorang bagi membantu Fiqah meniti arus ini. Fiqah memerlukan seorang pendukung iaitu iman Fiqah bagi membantu Fiqah dari sisi.. :") jika ditakdirkan bertemu jodoh biarlah ia yang terakhir.. walau bagaimanapun Fiqah tak kecewa ataupun sedih.. kerana Fiqah di kurniakan keluarga dan sahabat yang baik hati.. yang sering membantu Fiqah dari belakang.. walau terkadang merasa sunyi.. tapi ia hanya seketika dan mainan perasaan cuma.. kerana Fiqah ada ALLAH tuk mengadu nasib.. meluah rindu dan berkasih sayanag..  DIA tidak pernah leka dalam meluangkan masa nya tuk Fiqah.. malah DIA tidak pernah tidur tuk mendengar luahan hati Fiqah.. syukur ALHAMDULILAH.. kerana Fiqah punya kekasih abadi :D

cukup di sini mengadu cerita.. tak boleh cerita semua.. nanti di kata mencari publitsi pula.. ihik :P budak baru lepasan SPM dah berhati nak berbicara cinta belum tiba masanya nya dik oii.. okey bhai..tak nak cakap lebih.. nanti di boikot pula.. :P HAHA btw doakan kejayaan Fiqah.. agar Fiqah dapat memberikan senyuman bahagia di wajah abah dan mama.. <3>

p.s : di sini Fiqah nak mengucapkan ribuaan terima kasih kepada semua followers blog Fiqah yang sentiasa berkungjung ke blog Fiqah .. terima kasih banyak-banyak sebab sudi menjengah blog Fiqah yang tak banyak ilmu nya nih.. insya ALLAH di lain masa,, Fiqah akan menulis dengan lebih baik dan penuh ilmu nya.. doakan ye.. terkadang Fiqah leka dalam menghargai followers2 Fiqah.. maafkan Fiqah ye.. hanya doa yang boleh Fiqah panjatkan.. nak bagi sumbangan poket nya kering.. hikhik :P terima kasih sekali lagi.. kalau ada idea yang bermanfaat.. kongsi lah.. and lagi satu.. kalau nak Fiqah ubah apa2 dalam blog ini.. bagi tahu.. Fiqah nak followers Fiqah merasa selesa ketika menjejaki blog Fiqah.. :) big hug for you.. much love form me.. :"D