Monday, November 25, 2013

Semester Break Was End Guys

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)


teka apa? no no entry kali nih tak umum..tak ada motivasi dan kata-kata hikmat. tapi khusus.. khusus buat i olsss sahaja.. HAHA..  k tak lawak :3 



guysss... tahu tak yang cuti i olsss dah habis.. eh eh no no bukan dah habis tapi dah nak habiss.. haa gitu baru betul.. serius ahhh cuti 3 minggu berlalu cemgitu jer? eh kemon lah.. asal kejap sangat rasa nih.. lahaii ko Fiqah cuba bersyukur sikit.. :') 

tapi seriuss.. masa 3 minggu tidak cukup sama sekali untuk Fiqah lepas rindu dekat mama abah bantal katil rumah pokok bunga kipas dinding meja kerusi.. owh okey itu keterlaluan.. 

btw esok cuma sisa satu hari sahaja lagi tuk Fiqah lepaskan rindu buat mama abah dan keluarga yang lain.. Subhanallah rasa macam semalam baru balik rumah nih.. tapi tak apalah.. bersyukur kerana sekurang-kurangnya di beri kesempatan jugak untuk pulang melepas rindu buat mama abah dan keluarga.. Terima Kasih ALLAH 

yuran dah bayar pendaftaran secara dalam talian a.k.a online pom sudah.. cuma baju dan barang keperluan yang lain.. yesssss yang tuh ... yeahhh.. okey yang tuh belum  buat lagi.. lansung tidak di sentuh.. HAHAH.. nampak tak dekat situ malas dia.. nampak tak dekat situ dia tak nak pergi? okey nampak kan? okey faham kan apa perasaan saya sekarang? okey bagus :")

mama dah membebel sebab tak kemas baju-baju dan barang yang perlu di bawa.. she keep asking me "bila nak kemas" and she also keep complain me "kan nanti ada barang yang tertinggal satu kerja pula mama nak pos" and me? just dengarand angguk-angguk.. AHHAHA

mama could you understand how sad i am right now? okey shut uo Fiqah.. nak berdrama pulak.. macam lah nak gy Jordan jauhnya.. Muadzam Shah Pahang jer pom.. yang nak fefeling sedihhhhhhhhhhhhhh macam naik kapal trebang 14 jam lama perjalanan nya tuh dah kenapa Fiqah? okey 

tapi seriusss.. eishhh bukan manja but bila Fiqah duk dekat dengan mama and abah.. I fell safe.. diaorang ada nak tegur salah Fiqah.. diaorang ada nak marah Fiqah kalau Fiqah langgar apa-apa kesalahan.. lalai ke.. apa - apa jerla yang berkaitan dengan diri tuk menjadi anak yang soleahah dan taat dan hamba ALLAH yang beriman dan bertakwa.. okey.. 

duk sana kena laluinya semua sendiri.. sendiri okey sendiri.. okeyy dah

so guys.. doakan Fiqah.. semoga Fiqah masih gagah hadapi kehidupan sebagai mahasiswi disana dengan baik.. semoga Fiqah masih menjaga batas pergaulan dan maruah keluarga serta maruah seorang gadis islam.. doakan please.. cuma doa.. tak mintak lebih..  

owh yew.. alhamdulilah.. berkat doa mama abah.. juga berkat doa sahabat dan kalain semua.. i have pass so well in my firts semester.. walau tak dapat dekan.. walau tak sehebat rakan yang lain.. but my result can make my mom and my dad cry.. menangis sebab terharu kowt.. hehe.. berapa? takyah cakap lah.. nanti jatuh riak.. but syukurlah.. the pointer is 3 an above.. 

insyALLLAH in second semester nih Fiqah akan lakukan lebih baik dari yang sebelumnya.. kalau semester pertama tak dapat dekan but i will make sure this semester i will get it.. hehe.. besar cita-cita tuh.. 

so guyss.. doakan Fiqah dan rakan - rakan yang lain berjaya dunia akhirat. doakan kami agar kami tidak hampakan harapan mak ayah kitaorang.. doakan kami agar kami tidak menjadi seorang hamba ALLAH yang riak dan bermegah diri.. doakan kami yew.. kami jugak akan doakan kalian jua :") insyaALLAH.. salam ukhwahh sahabat blogger semua.

p/s : jom kemas baju .. nanti mama bising.. ihiks *macam boring jer entry kali nih.. bahahahhaha :P



btw i miss you guys so them much guys.. hope you guys doing well i your own destiny and kejar cita-cita masing banggakan mama abah korang .. and yang penting jangan sombong dengan ALLAH kawan.. ingat.. besarkan Allah dalam jiwa kita  maka masalah menjadi kecil. jika kita besarkan masalah maka Allah menjadi kecil ... bak kata bro Rahmat Ikhsan Pencetus Ummah.. yang sekarang sedang ditayangkan di astro oasis jugak di maya HD.. jangan lupa tonton guys. banyak pengisian yang koran akan dapat dalam tuh nanti :")  jangan tinggal solat jugakk.. moga kalian di bawah redha ALLAH selalu.. sayang korang lilahitaala :") 



Sunday, November 24, 2013

Tiada istilah " Aku sudah Cukup Baik ".

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers :)


Dalam kehidupan seharian, pasti kita tidak dapat lari dari perubahan, dalam setiap saat, mesti ada sahaja perubahan yang berlaku pada diri sendiri. Kita perasan atau tidak hanya Allah sahaja yang Maha Tahu. Mungkin juga akan ada kehadiran kawan kawan kita yang perasan perubahan tersebut.

Bermula dengan celiknya mata di pagi hari, hingga terpejamnya mata di waktu malam, setiap daripada kita akan berhadapan dengan bermacam-macam pilihan. Nak bangun pukul berapa, mahu pakai baju warna apa, ingin makan apa, nak buat apa, nak pilih yang mana….Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk memilih. Pendek kata, aktiviti membuat pilihan bukanlah suatu yang asing.

Namun, dalam banyak-banyak aktiviti memilih jalan kehidupan, yang paling susah ialah sama ada mahu memilih islam yang jelas sebagai jalan hidup atau menelusuri jalan jahiliyyah yang penuh tipu daya.
Apakah yang dimaksudkan dengan jalan-jalan ini?
Apabila kita memilih islam sebagai jalan hidup, secara automatiknya kita sedang menjauhi jalan jahiliyyah. Dan apabila kita tidak memilih islam sebagai jalan yang patut dilalui, secara automatik jugalah kita sedang menjejak di jalan jahiliyah.

Jadi, Allah pilih kita untuk lakukan sesuatu mesti Dia tahu kita boleh lakukan.

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah ayat 286)
Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,

Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.

Ya ALLAH,

Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.

Ya ALLAH,

Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.

Ya ALLAH,

Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.

Andai aku belum layak ya ALLAH,

Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU…

Aku ingin bahagia,

Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH…


Kalau tak, kita tak akan dipilih oleh-Nya untuk terus hidup di muka bumi ini. Walau diri kita ini kotor, jijik dan penuh berdosa namun kita tetap masih ada peluang. Biarkan hati sembuh dari luka lama dan bangkitlah semula. Buktikan kepada Allah kita hamba yang reti bersyukur kepada-Nya. Kita tidak akan sesekali mensia-siakan peluang bertaubat yang diberi-Nya berkali-kali.
“Orang yang BERJAYA ialah orang yang MEMAKSA DIRInya BERUBAH manakala orang yang gagal berubah hanya apabila terpaksa!”
Hidup ini adalah perubahan. Kata bijak pandai, yang tidak berubah hanyalah perubahan. Manusia tidak akan mampu menahan perubahan. Ia mesti berubah, atau dipaksa berubah. Mereka yang berubah dengan rela akan berjaya. Manakala yang berubah dengan terpaksa akan gagal. akan tetapi ingat lah.. biarlah perubahan kita itu ikhlas hanya kerana ALLAH.. bukan sebab orang lain.. bukan sebab nak meraih pujian dari masyarakat sekeliling.. biarlah ia datang dari hati yang ikhlas kerana ALLAH :") 
Dan kita bukan seperti masa silam. Kita adalah kita yang sekarang! 
sahabat ingatlah.. walau kita berjaya mengubah kita daripada kita yang dahulu.. yang jahil kepada kita yang sekarang yang berilmu ingat lah akan sesuatu perkara.. bahawasanya tiada istilah "AKU SUDAH CUKUP BAIK".. sebab setiap manusia.. sebaik mana pom dia.. pastikan akan ada satu khilafnya.. antara sedar mahupun tidak.ingatlah kita tidak sempurna sering lakukan khilaf.. jadi sebab itu kita di tuntut untuk sentiasa bertaubat.. :") 
Jadikan Al-Quran dan as-sunnah sebagai panduan hidup. Kelak hidup anda akan bahagia dunia akhirat. Jadikan ia rakan baik anda di kala senang mahu pun susah. Di kala gembira mahu pun sedih. Di kala sihat mahupun sakit. Di kala kaya mahupun miskin. Bukan untuk Fiqah tapi untuk dirimu jua. Untuk mengejar pahala untuk meraih redha Allah. sama-sama kita mengejarnya ya sahabat :") 
- mohon maaf atas kesalahan terlanjur biacar tuk entry kali ini.. cuma perkongsian rasa dan pendapat sahaja.. maaf andai kata-kata di dalam entry kali ini persis kehidupan kalian. maaf jugak andai kata-kata ini menguris hati kalian.. niat cumi ingin berkongsi ikhlas dari hati.. maaf.. 
p/s : أَسْتَـوْدِعُكُـمُ اللَّهَ الَّذي لا تَضِـيعُ وَدائِعُـهُ
I leave you in the care of Allah, as nothing is lost that is in His care

Letakkan dalam hati adanya Allah dan Rasulullah. Kerana Allah sentiasa mengingatimu manakala Rasulullah sentiasa mendoakanmu.