Saturday, March 23, 2013

Perkongsian Rasa.. :")

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. :") 

Fiqah nak ucapkan rasa syukur Alhamdulilah kerana result SPM dah keluar.. yeahhh.. yeahhh.. lompat pagar rumah sebelah.. eh? HAHA :P okey dah tak ada dah debaran semua bagai tuh. dah tak ada dah emosi yang tak menentu tuh.. dah tak ada dah nak marah-marah orang.. all is under control.. eicehh speaking lah konon.. lah sangat kan? pi gi dah.. BI dapat B+ jer pom.. harharharharhar :p 

apa-apa pun syukur Alhamdulilah atas result yang Fiqah punya nih.. syukur sangat-sangat.. even if tak secermelang bebudak yang lain.. but its okey its alright.. ia masih memberikan kebangaan kepada diri sendiri dan alhamdulilah.. mama abah pom bersyukur dan gembira dengan result yang Fiqah dapat.. Alhamdulilah :") 

Alhamdulilah.. Fiqah tak jangka yang Fiqah akan dapat result yang sebegitu. memandangkan result trail Fiqah punya lah teruk habaq hang.. serius Fiqah cakap.. C dengan D bersepah habaq hang.. failed pom tak ketingalan nak menjelmakan diri.. HAHAHA :P masa tengok result percubaan satu family mengelabah.. iyelah.. ada chance ke nak masuk universiti kalau cemgini gaya resultnya.. kakak Fiqah dah membebel dah.. mama dengan abah dan bimbang.. Abang Fiqah jerr cool..

jujur Fiqah cakap.. Fiqah bukan seorang pelajar yang pintar dan bukan anak yang membanggakan.. sebab result Fiqah macam budak tak pernah masuk kelas tahu.. tak usah di perdebat.. nama jer sekolah pergi tiap-tiap hari tapi tengok kan result percubaan macam budak yang tak pernah pergi sekolah.. HAHA disebabkan tak nak menghampakan kedua ibu bapa dan guru.. Fiqah struggle.. melipat kali gandakan baju eh I mean usaha Fiqah selepas exam percubaan tuh.. Fiqah usaha sungguh-sungguh.. masa tuh lah baru eh apasal lah aku tak pecut awal-awal.. kalau tak.. tak adalah seksa jiwa macam nie.. siap OTP dengan my english teacher.. iaitu Teacher Anisah tiap-tiap malam untuk tanya dia tips nak karang essay BI terbaik dari ladang gandum memandangkan result Bi sebelum nih tak memuaskan hati.. asyik duk D jer. tak pernah nak credit.. HAHAHAHA :p * See tengok betapa tak pandai nya Fiqah.. ihiks :P

Teacher Anisah pernah tanya dengan Fiqah dulu.. "kenapa tak mula semua nih dari awal tahun Fiqah? cakap dengan saya guna bahasa english macam awak buat sekarang nih.awak ada peluang nak dapat A tahu" Fiqah jawab dengan segan silu " sebab saya malu ticer.. takut kena perli" Teacher Anisah marah Fiqah.. dia cakap.. abaikan orang lain.. kalau Fiqah mula dari awal mesti Fiqah dapat markah yang cemerlang. and now I admit it.. yes.. kalau Fiqah usaha dari awal macam Fiqah buat selapas exam percubaan tuh.. Fiqah akan dapat lebih dari ini.. :") but menyesal dah tak guna.. Fiqah syukur dengan markah nih..Teacher Anisah pom happy dengan keputusan SPM Fiqah even if dia menjangka kan Fiqah akan dapat lebih dari itu :") btw thanks ticer sebab sudi luangkan masa malam ticer untuk mengajar Fiqah buat essay and masa selepas waktu persekolahan untuk lepak di libary bersama Fiqah study :") terharuu 

k dah benda yang lepas jangan di kenang.. tidak baik tahu.. biarkan ia berlalu dan jadikan ia suatu pengajaran dan jangan sesekali mengulangi nya.. please yew please.. jangan ulang sekali lagi kesalahan yang sama Fiqah :") 

result SPM Fiqah just biasa-biasa jer.. tak sehebat korang semua.. but still lagi boleh di banggakan.. eh? haha :P nak mengembangkan diri sendiri lah tuh.. tak baik betul kau Fiqah. riak dah tu.. :") Astagfirullah 


here's my slip result.. sijil berhenti sekolah.. and semua semua lah..*blur bukan? maaflah Fiqah cuma guna kamera murah.. lagi pun ia lebih baik blur dari nampak terus.. kan nanti ada pulak yang kata Fiqah riak :") cukup lah sebagai kenangan tuk Fiqah abadi dalam blog dan kongsi bersama kalian kegembiraan Fiqah..  my spm result ALHAMDULILAH i got 4A 5B dalam aliran sastera.. bukan aliran sains tulen.. :") Alhamdulilah.. kalau nak di bandingkan dengan result percubaan yang punya cukup perisa itu.. ihiks :P and kalau nak di kira dengan pecutan last minute tuh.. HAHA .. nih kalau pecut awal-awal komfen sapu bersih bak kata abah Fiqah.. HAHA :p but seriusly.. Fiqah tak jangka sebegitu result Fiqah.. Fiqah ingatkan ada lah huruf C dalam result Fiqah.. iyewlah.. study berapa kerat lah sangat kan :") tapi sedikit sedih sebab tak boleh kasi hadiah A untuk Teacher Anisah :") but I'm still proud of my self

btw di kesempatan ini.. Fiqah nak ucapkan ribuaan dan jutaan terima kasih malah tak terkira jumlah terima kasihnya kepada semua guru-guru Fiqah.. terutama guru-guru di tingkatan 5 yang berhempas pulas mengerah tenaga mereka dalam memberikan kami ilmu yang tak ternilai harganya :") tak kira masa tempat dan keadaan .. terima kasih cikgu nafizah iaitu guru kelas Fiqah merangkap jugak guru matapelajaran sains. cikgu khadijah -bm , cikgu rosmawati hussin - math, cikgu rosmawati ibrahim - ert, cikgu zuraini - perdagangan, cikgu amin - kesusasteraan melayu, ustazah salina - Pai , teacher anisah- english dan jugak cikgu hasnon - sejarah :") terima kasih sebab tak jemu mendidik kami semua..sabar dengan kerenah nakal kami. terima kasih kerana kalian lah kami berjaya hari ini :") terima kasih cikgu :") 


5 Gemilang 1 (2012) dalam kenangan.. i love you guys.. and i miss you guys so damn much guys..
hope that we will meet again :") insya ALLAH.. ukhwah fillah till jannah :")


last but not least.. this is me.. Nik NurSyafiqah Mohd Yusoff sudah tidak lagi berada dalam debaran yang menyesakkan dada.. syukur ke hadrat ilahi ke atas kejayaan yang di kurniakan.. sesungguhnya.. bukan sahaja sebab usaha last minute yang Fiqah buat.. tapi di sebabkan keajaiban doa yang dipanjatkan.. sesungguhnya jujur Fiqah cakap.. kejayaan Fiqah peroleh ini adalah dimana kerana doa yang tidak putus dari Fiqah setiap kali selepas solat.. subhanallah sesungguhnya besar sungguh kebesaran ALLAH :") tanpa keredhaan ALLAH Fiqah tak akan memperoleh kejayaan ini.. sungguh Fiqah nyatakan.. selepas menduduki peperiksaan baru-baru ini.. Fiqah tidak yakin yang Fiqah akan peroleh keputusan sebegini.. hal ini kerana Fiqah merasakan Fiqah tidak membuat yang terbaik.. tapi dengan rasa rendah diri Fiqah.. Fiqah sering berdoa agar dikurniakan pemeriksa yang baik hati agar Fiqah dapat memperoleh keputusan yang baik seperti ini :") dan ya.. Tuhan memakbulkan doa Fiqah.. syukur alhamdulilah..  :D 

p/s : sesungguhnya doa itu senjata kita sebagai umat islam.. gunakanlah sebaiknya.. bagi yang kurang bernasib baik.. jangan mengalah sahabat.. gagal SPM tak bermakna anda gagal dalam hidup.. ini semua baru permulaan.jangan cepat mengalah.. sesunguhnya rezeki ALLAH itu luas.. mungkin rezeki anda di tempat, masa dan keadaan yang lain.. percayalah.. ini semua ada hikmah.. yang berjaya sekarang pom jangan riak dan tenang dulu.. masih ada banyak hal yang mendatang.. kerana bila menjejak kan kaki ke universiti nanti kita semua bermula dari zero balik.. kalau sambil lewa anda mungkin gagal.. kun faya kun.. :")  Semoga yang berjaya dalam SPM sekarang berjaya juga utk SPM (soalan padang mashyar) seterusnya..insyaallah.. 

2 comments:

  1. pertama sekali, alhamdulillah. Tahniah atas kejayaan. Selamat melangkah ke dunia pendidikan yg lebih luas. Jangan sesekali patah semangat, jangan sesekali memandang diri dgn rendah.. erk... pandang rendah kemampuan diri sendiri... In future... Berusaha dengan lebih baik dari yg lepas. capai impian yg diimpikan.. Insyallah, Allah akan memberi apa yg dihajati... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas naishat dan kata2 smangat yg di beri.. insya ALLAH. di masa akan dtg Fiqah akan brusaha mnjdi yag lebih baik dri yg skrang.. insya ALLAH.. doakan yew :D

      Delete